sebagai seorang yang berbangsa iban, saya ingin memoerkenalkan adat-adat iban yang tidak pernah dan tidak diketahui oleh ramai orang terutamanya kawan-kawan saya yang datang dari semenanjung malaysia.
Orang Iban mempunyai banyak adat-adat asal yang diikuti dalam kehidupan harian dan untuk menyelesaikan isu atau konflik dalam kehidupan mereka. Contoh-contoh adat ini termasuklah:
- Adat membina rumah
- Adat kahwin, cerai dan zina
- Adat beranak
- Adat bertani dan mengguna tanah
- Adat ngayau
- Adat ngayap
- Adat memburu, menangkap ikan, mengumul buah dan mendapatkan madu
- Adat meninggal, berkabung, berpisah bunga dan tebalu janda duda
- Adat begawai dan berupacara
- Adat hidup di rumah panjang
- Adat bertenun dan mainan masa lapang
- Adat menari ngajat dan betaboh
- Adat berburong, bermimpi dan becenaga hati babi
- Adat pergi atau mengembara
Mengikut buku yangditulis oleh Bendict Sandin[2], perlanggaran adat-adat ini akan dihukum mengikuti sistem tunggu dengan nilainya yang dipanggil mungkul iaitu satu mungkul sama dengan satu dollar ($1.00). Jadi, lebih berat atau besar kesalahan seseorang itu, maka lebih tinggilah jumlah mungkul yang akan diputuskan oleh ketua rumah atau penghulu.
Untuk kes-kes kesalahan kecil, ketua rumah boleh mendenda pesalah dengan telur ayam, paku besi, mangkok, pinggan dan mangkuk. Denda sebegini dipanggil sa-uta iring yam dan biasanya dibayar oleh sahabat handai dan kaum kerabat mereka yang terlibat.
Untuk kes-kes kesalahan besar, hukuman boleh diisi dengan tajau pada mahkamah ketua rumah atau padi pada mahkamah penghulu seperti berikutnya:
Nama tunggu dengan tajau = Nilainya:
- Satu uta = $0.25
- Satu menukol = $0.50
- Satu jabir = $1.00
- Satu panding = $2.00
- Satu alas = $4.00
- Satu alas ngerang = $5.00
- Satu alas barejang = $6.00
- Satu alas betandok = $7.00
- Satu rusa = $8.00
- Satu menaga = $16.00
- Satu ningka = $32.00
- 5 kati = $3.60 = $5.00
- 10 kati = $7.20 = $10.00
- 20 kati = $14.40 = $20.00
- 30 kati = $21.60 = $30.00
- 1 pikul = $28.80 = $100.00
Bayaran denda biasanyan dipunyai oleh ketua rumah atau ketua rumah akan membahagikan denda itu kepada ketua-ketua keluarga yang hadir dalam mesyuarat (betugong) menyelesaikan kes-kes itu.
Selain membayar tunai, jika sesuatu kesalahan itu adalah sungguh besar yang boleh menyebabkan alam "kudi" (buruk), kemarahan dewa dan roh, para pesalah adalah dikehendaki menyemebelih babi dewasa dengan darahnya digunakan untuk menyucikan tanah dan air darpada dosa yang telah dilakukan. Di samping itu, para pesalah juga diminta untuk memberikan sebilah parang dan kapak beliong untuk orang yang menyembelih babi itu dan tajau kecil (kebok untuk ketua rumah.
Pada masa dahulu kala, jika seseorang telah membunuh orang lain secara tidak sengaja, dia akan diminta membayar "pati nyawa" dua biji tajau kepada keluarga si mati. Jika gagal membayar, dia dan keturunannya akan menjadi hamba kepada keluarga si mati sehinggalah mereka melangsaikan gantirugi atau dibebaskan oleh tuan punya mereka.
Jika seseorang pelawan membunuh rakan seperjuangannya semasa "ngayau" (serangan atau perang), pembunuh mestilah membayar pati nyawa dua biji tajau kepada keluarga si mati. Kalau gagal menunaikan ini, dia mestilah menyerah diri sebagai hamba kepada keluarga si mati.
Apabila ketua rumah mengetahui satu keslahan besar seperti zina telah berlaku, dia akan menyembelih seekor ayam dengan segera. Ini menandakan kepada umum bahawa kesalahan itu adalah dalam proses perbicaraan dan penyelesaian untuk mengelakan pertumbahan darah di mana ketua rumah boleh didenda jika dia gagal membendung kejadian itu daripada berlaku. Mengikut tradisi dahulu, si suami atau isteri boleh membalas dendam serta merta sebagai ganti rugi dalam kes zina jika pasangan itu didapati sedang melakukan zina.
Mesyuarat dan Bicara
Jika ada hal yang tidak boleh diselesaikan sesama sendiri secara peribadi, salah seorang atau kedua-duanya sekali boleh merujuk kes mereka kepada tuai rumah untuk dibicarakan. Pertma sekali, tuai rumah akan cuba menolong menyelesaikan kes itu melalui mesyuarat kecil (baum mit atau berandau) yang bersifat peribadi antara kedua-dua pihak yang bertelegah untuk mencapai persetujuan (konsensus) dan perdamaian semula (rekonsiliasi) sebelum memanggil mesyuarat besar (becara) yang besifat rasmi dan terbuka.Semua ketua rumah atau masyarakat akan cuba menyelesaikan kes-kes hal-ehwal para pengikut mereka dengan bepegang teguh kepada prinsip berikut:
- "Utai besai, asoh mit. Utai mit, asoh nadai" yang bermaksud Hal besar, jadikan kecil. Hal kecil, jadikan tiada.
- Undang-undang adalah seperti ular tedung. Ia adalah tidak merbahaya jika tidak diganggu tetapi jika dilangkahi, ia boleh mematuk. Maksudnya ialah seseorang yang beia-ia mahu berbicara menghadapi risiko didapati bersalah dan dihukum. iaitu "dipatuk oleh undang-undang".
Jika pihak yang bersalah masih tidak puas hati, dia boleh merayu kepada penghulu. Kalau penghulu bersetuju untuk membicarakan sesuatu kes, beliau akan menetapkan satu tarikh kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat dan termasuk ketua-ketua rumah. Prosedur bicara seperti diadakan oleh ketua rumah akan diikuti oleh penghulu. Selepas mendengar ucapan dari kedua belah pihak dan ketua-ketua rumah, penghulu akan memutuskan pihak mana yang bersalah dan menyatakan hukumannya sekali.
Kalau pihak bersalah mahu merayu lagi, dia boleh membuat rayuan kepada mahkamah pribumi atau daerah dalam masa seminggu. Jika tidak, kes tersebut dikira selesai dengan sendirinya sperti yang diputuskan.
Biasanya, kedua-dua pihka akan menyelesaikan hal mereka secara peribadi tanpa bicara untuk menjaga air muka diri sendiri dan keluarga dan mengelak jumlah hukuman yang semakin meningkat daripada ketua rumah ke atas. Ada pepatah masyhur yang : "Jika berjalan menggunakan tungkat adat, seseorang akan kekal pada jalan yang betul." Jadi, adat mestilah diamalkan dengan akal fikiran untuk menjaga keharmonian hubungan masyarakat. Maka "Bila tidur, ingatan menjadi bantal. Bila berjalan, adat dijadikan tungkat."
Keengganan untuk menghadiri mahkamah ketua rumah atau penghulu akan dihukum satu jabir dan lima kati masing-masing. Sesipa yang tidak menghormati mahkamah juga akan dihukum sebelum mahkamah boleh bersambung.
No comments:
Post a Comment