Kita dan telefon bimbit pasti tidak boleh dipisahkan. Betul tak?
Kini
telefon bimbit dah menjadi antara keperluan asas yang penting. Dari
golongan dewasa sampailah ke budak sekolah pun pasti memiliki sebuah
telefon bimbit tak kisahlah dari jenama apa sekalipun.
Namun
semakin canggih pengunaan telefon tersebut semakin cepat habis hayat
bateri tersebut. Kalau dulu dua tiga hari sekali baru dicas, sekarang ni
dalam sehari ada yang kena cas lebih dari sekali. Ya kan?
Bateri
telefon ibarat denyutan nadi telefon itu. Kalau tidak dijaga dengan
baik, ia boleh mendatangkan masalah seperti bateri rosak atau bateri
kembung. Kalau nak tahu bateri tu kembung, mudah sahaja, keluarkan
bateri dan letakkan di permukaan yang licin dan cuba putarkan. Kalau
bateri itu boleh berputar seperti gasing, alamatnya terpaksalah
keluarkan duit untuk beli bateri baru.
Cara Untuk Panjangkan Hayat Bateri : -
1) Mod penjimatan kuasa -Telefon pintar Android dan Telefon Windows termasuk kuasa atau mod penjimatan bateri yang biasanya terletak di menu tetapan. Ia diaktifkan sekiranya bateri mencapai tahap tertentu, memaksa bateri mematikan ciri intensif termasuk e-mel push, kecerahan skrin dan kemaskini Facebook.Malangnya
Apple tidak termasuk apa-apa kuasa atau penjimatan bateri ciri-ciri
pada telefon pintar, walaupun aplikasi percuma seperti 'Battery Life Pro' memantau prestasi bantuan dan menutup aplikasi
2) Kecerahan skrin -Penggunaan
bateri paling tinggi adalah pada pencahayaan skrin telephone anda makin
besar skrin makin byk penggunaan bateri. Bagi menjimatkan
kuasa bateri dengan memilih 'kecerahan automatik' dan skrin akan
melaraskan kecerahan secara automatik bergantung kepada keadaan
pencahayaan.
Selain
itu, jika penunjuk bateri mencapai tahap yang tidak menentu menjadikan
kecerahan turun serendah selesa untuk memelihara kuasa seberapa banyak
yang mungkin. Pastikan kunci auto diaktifkan, jadi apabila telefon anda tidak digunakan skrin menutup menjimatkan kuasa. Jika
anda mempunyai telefon dengan skrin AMOLED (seperti Samsung Galaxy S3
atau S2) menggunakan kertas dinding gelap juga boleh membantu
menjimatkan bateri.
3) Kurang penggunaan getaran (Vibrate) -Dalam
persekitaran kerja penggunaan ringtones kuat amat disukai, tidak
menggunakan mod begetar sekiranya anda berada dalam meeting malah lebih
baik gunakan mod senyap lebih efektif untuk menyelamatkan penggunaan
bateri anda.
4) Offkan Telefon Ketika Mengecas
– pastikan telefon korang di OFF dulu sebelum korang mengecas kerana
arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri.
5) Jangan Cas Telefon Di Dalam Kereta
– Voltage pada kereta selalunya tidak stabil menyebabkan arus yang
masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Ini akan menyebabkan komponen
bateri cepat rosak. (pasti ramai yang buat cara ni kan)
6) Habiskan Bateri Sebelum Di Cas – Pastikan bateri telefon korang betul-betul habis baru dicas semula untuk mengelakkan ‘memory effect’.
7) Pastikan Bateri Dicas Sepenuhnya Kali Pertama sekurang-kurangnya 8 jam
– Apa jua jenis bateri telefon bimbit, pastikan ianya dicas sepenuhnya
sewaktu pertama kali membelinya. Ini untuk menentukan usia bateri. Ini
kerana ketika kita mengecas bateri seluruh sel dalam telefon bimbit akan
berfungsi. (Ada yang beli je, terus guna walaupun bateri separuh. betul
tak?)
8) Kawal Waktu Mengecas
– Jangan biarkan bateri dicas begitu lama kerana boleh merosakkan
komponen di dalam bateri tersebut. Di Malaysia masih kurang lagi
pengunaan charger yang akan Off sendiri selepas bateri habis dicas.
9) Jauhkan Bateri Dari Haba contoh TV dan alat elektrik yang mengeluarkan haba – Sumber haba boleh menyebabkan bateri telefon meletup.
10) Matikan sambungan - WiFi, GPS dan Bluetooth adalah antara yg tersedia dalam telefon moden anda. Lupa
untuk mematikan WiFi anda apabila anda meninggalkan rumah dan ia akan
sentiasa mencari sambungan WiFi dan menggunakan bateri lebih pada
masanya. Jadi pastikan anda mematikan mana-mana sambungan luar apabila anda tidak menggunakannya.

No comments:
Post a Comment