Wednesday, 13 August 2014

berita yang amat mengejutkan kami sekeluarga ketika mengetahuai tentang nenek saya yang telah dibunuh dengan kejam oleh suaminya. oleh itu, saya telah memaparkan keratan daripada utusan borneo. semoga roh nenek saya ini ditempatkan bersama orang yang beriman.

 

SIBU JAYA: Pertengkaran sepasang suami isteri di kediaman mereka di sebuah rumah pangsa di sini semalam berakhir dengan tragedi selepas si isteri dipercayai dikelar di bahagian leher oleh suaminya.
Mangsa yang dikenali sebagai Jara Jimbat, 52, berasal dari Rumah Jais, Nanga Kelangas, Sungai Merurun, Julau disahkan meninggal dunia di kaki lima tingkat tiga rumah pangsa tersebut dipercayai akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Difahamkan, mangsa dikatakan bergaduh dengan suaminya (suspek) yang berumur 23 tahun di rumah mereka sekitar jam 12 tengah hari semalam.
Pihak polis yang dihubungi orang awam mengerahkan tiga anggotanya untuk melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian dan berjaya meredakan pergaduhan di antara mereka.
Selepas beredar, pihak polis menerima satu lagi panggilan orang awam menyebabkan anggota polis berpatah balik ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terbaring berlumuran darah di kaki lima tingkat tiga rumah pangsa berkenaan pada jam 1 petang.
Siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai telah memijak-mijak badan isterinya sebelum mengelar lehernya dengan senjata tajam.
Mengikut laporan, si isteri dipercayai keluar dari rumahnya sebelum rebah dan meninggal dunia.
Terdahulu, suspek dipercayai cuba merampas telefon bimbit isterinya, sekali gus menyebabkan berlaku pergelutan di antara mereka.
Suspek yang bekerja sebagai operator mesin berat di Putai, Kapit dikatakan terus ke Balai Polis Sibu Jaya dengan menaiki teksi untuk menyerah diri.
Kes pembunuhan tersebut dipercayai akibat perasaan cemburu dan suspek hanya sekali-sekala pulang ke sini dari Putai, Kapit.
Pasangan tersebut yang berkahwin pada 31 Mei 2012 mengikut adat Iban mempunyai seorang anak lelaki beru­mur tiga tahun dan mereka mendiami rumah pangsa berkenaan sejak setahun lalu.
Hasil siasatan, suspek mengakui dir­inya gila dan menggunakan parang un­tuk mengelar leher isterinya dan senjata tersebut dipercayai telah dibuang dalam perjalanan menuju ke balai polis.
Mayat mangsa telah dibawa ke ru­mah mayat Hospital Sibu sekitar 3.30 petang.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi ketika dihubungi menge­sahkan kes tersebut.
Kes dijangka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.


Kita dan telefon bimbit pasti tidak boleh dipisahkan. Betul tak?

Kini telefon bimbit dah menjadi antara keperluan asas yang penting. Dari golongan dewasa sampailah ke budak sekolah pun pasti memiliki sebuah telefon bimbit tak kisahlah dari jenama apa sekalipun.

Namun semakin canggih pengunaan telefon tersebut semakin cepat habis hayat bateri tersebut. Kalau dulu dua tiga hari sekali baru dicas, sekarang ni dalam sehari ada yang kena cas lebih dari sekali. Ya kan?

Bateri telefon ibarat denyutan nadi telefon itu. Kalau tidak dijaga dengan baik, ia boleh mendatangkan masalah seperti bateri rosak atau bateri kembung. Kalau nak tahu bateri tu kembung, mudah sahaja, keluarkan bateri dan letakkan di permukaan yang licin dan cuba putarkan. Kalau bateri itu boleh berputar seperti gasing, alamatnya terpaksalah keluarkan duit untuk beli bateri baru. 
Cara Untuk Panjangkan Hayat Bateri : -

1) Mod penjimatan kuasa -Telefon pintar Android dan Telefon Windows termasuk kuasa atau mod penjimatan bateri yang biasanya terletak di menu tetapan. Ia diaktifkan sekiranya bateri mencapai tahap tertentu, memaksa bateri mematikan ciri intensif termasuk e-mel push, kecerahan skrin dan kemaskini Facebook.Malangnya Apple tidak termasuk apa-apa kuasa atau penjimatan bateri ciri-ciri pada telefon pintar, walaupun aplikasi percuma seperti 'Battery Life Pro' memantau prestasi bantuan dan menutup aplikasi

2) Kecerahan skrin -Penggunaan bateri paling tinggi adalah pada pencahayaan skrin telephone anda makin besar skrin makin byk penggunaan bateri. Bagi menjimatkan kuasa bateri dengan memilih 'kecerahan automatik' dan skrin akan melaraskan kecerahan secara automatik bergantung kepada keadaan pencahayaan. 

Selain itu, jika penunjuk bateri mencapai tahap yang tidak menentu menjadikan kecerahan turun serendah selesa untuk memelihara kuasa seberapa banyak yang mungkin. Pastikan kunci auto diaktifkan, jadi apabila telefon anda tidak digunakan skrin menutup menjimatkan kuasa. Jika anda mempunyai telefon dengan skrin AMOLED (seperti Samsung Galaxy S3 atau S2) menggunakan kertas dinding gelap juga boleh membantu menjimatkan bateri. 


3) Kurang penggunaan getaran (Vibrate) -Dalam persekitaran kerja penggunaan ringtones kuat amat disukai, tidak menggunakan mod begetar sekiranya anda berada dalam meeting malah lebih baik gunakan mod senyap lebih efektif untuk menyelamatkan penggunaan bateri anda. 

4) Offkan Telefon Ketika Mengecas – pastikan telefon korang di OFF dulu sebelum korang mengecas kerana arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri. 

5) Jangan Cas Telefon Di Dalam Kereta – Voltage pada kereta selalunya tidak stabil menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Ini akan menyebabkan komponen bateri cepat rosak. (pasti ramai yang buat cara ni kan)

6) Habiskan Bateri Sebelum Di Cas – Pastikan bateri telefon korang betul-betul habis baru dicas semula untuk mengelakkan ‘memory effect’. 

7) Pastikan Bateri Dicas Sepenuhnya Kali Pertama sekurang-kurangnya 8 jam – Apa jua jenis bateri telefon bimbit, pastikan ianya dicas sepenuhnya sewaktu pertama kali membelinya. Ini untuk menentukan usia bateri. Ini kerana ketika kita mengecas bateri seluruh sel dalam telefon bimbit akan berfungsi. (Ada yang beli je, terus guna walaupun bateri separuh. betul tak?)

8) Kawal Waktu Mengecas – Jangan biarkan bateri dicas begitu lama kerana boleh merosakkan komponen di dalam bateri tersebut. Di Malaysia masih kurang lagi pengunaan charger yang akan Off sendiri selepas bateri habis dicas. 

9) Jauhkan Bateri Dari Haba contoh TV dan alat elektrik yang mengeluarkan haba – Sumber haba boleh menyebabkan bateri telefon meletup. 

10) Matikan sambungan - WiFi, GPS dan Bluetooth adalah antara yg tersedia dalam telefon moden anda. Lupa untuk mematikan WiFi anda apabila anda meninggalkan rumah dan ia akan sentiasa mencari sambungan WiFi dan menggunakan bateri lebih pada masanya. Jadi pastikan anda mematikan mana-mana sambungan luar apabila anda tidak menggunakannya. 

saya memang amat meminati makanan Itali. sebab itu, saya akan kongsikan resepi untuk membuat lasagna.


Bahan-Bahan Utama;

- 10 Keping Lasagna
- 1 Pack Mozarella Cheese (150g)

Bahan-Bahan Beef Bolognese;

- 1 Botol Kecil Spaghetti Sos
- 1/2 Biji Bawang Holand (cincang)
- 1 pack Daging (cincang)
- 1 Tin Cendawan Butang (hiris)
- 2 Sudu Minyak masak

Bahan-Bahan Sos Putih;

- 1 Kotak Susu Dutch Lady
- 3 Sudu Mozarella Cheese
- 3 Sudu Butter
- 2 Sudu Tepung Gandum

Cara-Cara (Beef Bolognese);

1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang.
2. Masukkan daging kisar dan goreng garing.
3. Masukkan cendawan yang telah dihiris.
4. Masukkan Sos Spaghetti.
5. Gaul dan masak seketika.

Cara-Cara (Sos Putih);

1. Cairkan butter, kemudian masuk susu untuk dipanaskan.
2. Masukkan Mozarella Cheese dan kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Kacau hingga pekat.

Cara-Cara (Melayer);

1. Ambil 5 kepingan lasagna yang sudah direndam, susun di bahagian bawah loyang.
2. Masukkan separuh dari beef bolognese ke atas susunan tu dan ratakan.
3. Tuang separuh dari sos putih di atas beef bolognese tadi.
4. Tabur rata 1/3 pack mozarella cheese.
5. Ulang langkah 1 hingga 3. Kemudian tabur baki 2/3 mozarella cheese tadi.
6. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 45 minit.




sebagai seorang yang berbangsa iban, saya ingin memoerkenalkan adat-adat iban yang tidak pernah dan tidak diketahui oleh ramai orang terutamanya kawan-kawan saya yang datang dari semenanjung malaysia.
Orang Iban mempunyai banyak adat-adat asal yang diikuti dalam kehidupan harian dan untuk menyelesaikan isu atau konflik dalam kehidupan mereka. Contoh-contoh adat ini termasuklah:
  • Adat membina rumah
  • Adat kahwin, cerai dan zina
  • Adat beranak
  • Adat bertani dan mengguna tanah
  • Adat ngayau
  • Adat ngayap
  • Adat memburu, menangkap ikan, mengumul buah dan mendapatkan madu
  • Adat meninggal, berkabung, berpisah bunga dan tebalu janda duda
  • Adat begawai dan berupacara
  • Adat hidup di rumah panjang
  • Adat bertenun dan mainan masa lapang
  • Adat menari ngajat dan betaboh
  • Adat berburong, bermimpi dan becenaga hati babi
  • Adat pergi atau mengembara
Kebanyakan adat-adat ini masih boleh digunapakai sehingga ke hari ini sama ada di rumah panjang atau di bandar-bandar. Ketua rumah adalah penjaga utama adat sala orang Iban untuk memastikan kelancaran pelaksanaan adat dan dendanya demi ketenteraman dan keamanan. Tanggungjawab ketua rumah adalah menjaga hal-ehwal para pengikut beliau dan dia mestilah mengetahui setiap jenis adat. Jika sesuatu pertingkaian atau kes tirujuk kepada tuai rumah, beliau akan cuba membicara dan menyelesaikannya secepat mungkin bersama dengan ketua bertani, ketua burung, ketua-ketua keluarga dalam rumah panjang tersebut dan anggota-anggota masyarakat yang lain.
Mengikut buku yangditulis oleh Bendict Sandin[2], perlanggaran adat-adat ini akan dihukum mengikuti sistem tunggu dengan nilainya yang dipanggil mungkul iaitu satu mungkul sama dengan satu dollar ($1.00). Jadi, lebih berat atau besar kesalahan seseorang itu, maka lebih tinggilah jumlah mungkul yang akan diputuskan oleh ketua rumah atau penghulu.
Untuk kes-kes kesalahan kecil, ketua rumah boleh mendenda pesalah dengan telur ayam, paku besi, mangkok, pinggan dan mangkuk. Denda sebegini dipanggil sa-uta iring yam dan biasanya dibayar oleh sahabat handai dan kaum kerabat mereka yang terlibat.
Untuk kes-kes kesalahan besar, hukuman boleh diisi dengan tajau pada mahkamah ketua rumah atau padi pada mahkamah penghulu seperti berikutnya:
Nama tunggu dengan tajau = Nilainya:
  • Satu uta = $0.25
  • Satu menukol = $0.50
  • Satu jabir = $1.00
  • Satu panding = $2.00
  • Satu alas = $4.00
  • Satu alas ngerang = $5.00
  • Satu alas barejang = $6.00
  • Satu alas betandok = $7.00
  • Satu rusa = $8.00
  • Satu menaga = $16.00
  • Satu ningka = $32.00
Nama tunggu dengan berat padi (kati) = Nilai dollar dahulu = Nilai dollar pada 1980an dan sekarang:
  • 5 kati = $3.60 = $5.00
  • 10 kati = $7.20 = $10.00
  • 20 kati = $14.40 = $20.00
  • 30 kati = $21.60 = $30.00
  • 1 pikul = $28.80 = $100.00
Di kawasan-kawasan pedalaman, hukuman bagi kes-kes kecil masih dibayar dengan lima puluh sen ($0.50) untuk satu jabir yang biasanya bernilai satu dollar ($1.00). Sistem denda ini bersala daripada decree riegim Brunei sebelum kedatangan Brooke dalam tahun 1840. Orang Iban panggil sistem denda ini sebagai "jabir Iban" yang berbeza dengan "jabir perintah" seperti jadual berat padi dan nilai tajau di atas.
Bayaran denda biasanyan dipunyai oleh ketua rumah atau ketua rumah akan membahagikan denda itu kepada ketua-ketua keluarga yang hadir dalam mesyuarat (betugong) menyelesaikan kes-kes itu.
Selain membayar tunai, jika sesuatu kesalahan itu adalah sungguh besar yang boleh menyebabkan alam "kudi" (buruk), kemarahan dewa dan roh, para pesalah adalah dikehendaki menyemebelih babi dewasa dengan darahnya digunakan untuk menyucikan tanah dan air darpada dosa yang telah dilakukan. Di samping itu, para pesalah juga diminta untuk memberikan sebilah parang dan kapak beliong untuk orang yang menyembelih babi itu dan tajau kecil (kebok untuk ketua rumah.
Pada masa dahulu kala, jika seseorang telah membunuh orang lain secara tidak sengaja, dia akan diminta membayar "pati nyawa" dua biji tajau kepada keluarga si mati. Jika gagal membayar, dia dan keturunannya akan menjadi hamba kepada keluarga si mati sehinggalah mereka melangsaikan gantirugi atau dibebaskan oleh tuan punya mereka.
Jika seseorang pelawan membunuh rakan seperjuangannya semasa "ngayau" (serangan atau perang), pembunuh mestilah membayar pati nyawa dua biji tajau kepada keluarga si mati. Kalau gagal menunaikan ini, dia mestilah menyerah diri sebagai hamba kepada keluarga si mati.
Apabila ketua rumah mengetahui satu keslahan besar seperti zina telah berlaku, dia akan menyembelih seekor ayam dengan segera. Ini menandakan kepada umum bahawa kesalahan itu adalah dalam proses perbicaraan dan penyelesaian untuk mengelakan pertumbahan darah di mana ketua rumah boleh didenda jika dia gagal membendung kejadian itu daripada berlaku. Mengikut tradisi dahulu, si suami atau isteri boleh membalas dendam serta merta sebagai ganti rugi dalam kes zina jika pasangan itu didapati sedang melakukan zina.

Mesyuarat dan Bicara

Jika ada hal yang tidak boleh diselesaikan sesama sendiri secara peribadi, salah seorang atau kedua-duanya sekali boleh merujuk kes mereka kepada tuai rumah untuk dibicarakan. Pertma sekali, tuai rumah akan cuba menolong menyelesaikan kes itu melalui mesyuarat kecil (baum mit atau berandau) yang bersifat peribadi antara kedua-dua pihak yang bertelegah untuk mencapai persetujuan (konsensus) dan perdamaian semula (rekonsiliasi) sebelum memanggil mesyuarat besar (becara) yang besifat rasmi dan terbuka.
Semua ketua rumah atau masyarakat akan cuba menyelesaikan kes-kes hal-ehwal para pengikut mereka dengan bepegang teguh kepada prinsip berikut:
  • "Utai besai, asoh mit. Utai mit, asoh nadai" yang bermaksud Hal besar, jadikan kecil. Hal kecil, jadikan tiada.
Kedua-dua pihak yang bertikai adalah dinasihatkan untuk bersetuju menyelesaikan hal mereka dan berdamai secara peribadi kerana ada pepatah orang Iban yang terkenal dan selalu disebut-sebut oleh ketua rumah atau masyarakat seperti berikut:
  • Undang-undang adalah seperti ular tedung. Ia adalah tidak merbahaya jika tidak diganggu tetapi jika dilangkahi, ia boleh mematuk. Maksudnya ialah seseorang yang beia-ia mahu berbicara menghadapi risiko didapati bersalah dan dihukum. iaitu "dipatuk oleh undang-undang".
Jika mereka masih bertelagah, tuai rumah akan menentukan suatu tarikh perbicaraan dengan memanggil semua ketua keluarga dan anggota rumah panjang ke suatu mesyurat besar. Selepas makan malam, tuai rumah akan membentang tikai dan memanggil semua orang untuk datang duduk di ruai ketua rumah. Kedua-dua pihak yang bertelagah akan dipanggil duduk berdepan dan bersemuka antara satu sama lain. Pihak pendakwa akan diminta bercakap dahulu dan diikuti oleh pihak tertuduh. Selepas itu, semua saksi akan dibenarkan bercakap satu demi satu. Seterusnya sesi pertanyaan, jawapan dan perbincangan berlaku sehingga isu-isu pertikaian atau pertelagahan telah dikenalpasti dan kedua-dua pihak telah diberi peluang secukupnya untuk bersuara. Kemudian, ketua rumah akan meninta para anggota tertua dan setiap ketua keluarga untuk memberikan pandangan terhadap kes yang dibicarakan. Akhir sekali, ketua rumah memutuskan pihak mana yang bersalah berdasarkan adat mana yang berhubungkait dengan kes yang dibicarakan dan menyatakan hukumannya.
Jika pihak yang bersalah masih tidak puas hati, dia boleh merayu kepada penghulu. Kalau penghulu bersetuju untuk membicarakan sesuatu kes, beliau akan menetapkan satu tarikh kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat dan termasuk ketua-ketua rumah. Prosedur bicara seperti diadakan oleh ketua rumah akan diikuti oleh penghulu. Selepas mendengar ucapan dari kedua belah pihak dan ketua-ketua rumah, penghulu akan memutuskan pihak mana yang bersalah dan menyatakan hukumannya sekali.
Kalau pihak bersalah mahu merayu lagi, dia boleh membuat rayuan kepada mahkamah pribumi atau daerah dalam masa seminggu. Jika tidak, kes tersebut dikira selesai dengan sendirinya sperti yang diputuskan.
Biasanya, kedua-dua pihka akan menyelesaikan hal mereka secara peribadi tanpa bicara untuk menjaga air muka diri sendiri dan keluarga dan mengelak jumlah hukuman yang semakin meningkat daripada ketua rumah ke atas. Ada pepatah masyhur yang : "Jika berjalan menggunakan tungkat adat, seseorang akan kekal pada jalan yang betul." Jadi, adat mestilah diamalkan dengan akal fikiran untuk menjaga keharmonian hubungan masyarakat. Maka "Bila tidur, ingatan menjadi bantal. Bila berjalan, adat dijadikan tungkat."
Keengganan untuk menghadiri mahkamah ketua rumah atau penghulu akan dihukum satu jabir dan lima kati masing-masing. Sesipa yang tidak menghormati mahkamah juga akan dihukum sebelum mahkamah boleh bersambung.
semasa saya pergi ke ladang setiap hari jumaat, saya telah mendapat banyak maklumat untuk tip-tip penanaman kundur kerana kami dikehendaki untuk menanam kundur.  
Kaedah penanaman
Pokok kundur mudah ditanam jika dibandingkan dengan jenis cucurbit lain, sama ada ditanam secara melata di atas tanah atau menjalar pada tiang sokongan.
Di rantau ini, pokok kundur ditanam dengan biji dan mengeluarkan hasil dalam empat hingga lima bulan.
Kaedah penanaman berbeza mengikut keadaan tanah dan iklim persekitaran di sesuatu kawasan. Berikut adalah kaedah penanaman yang biasanya digunapakai :
* Bahan tanaman - Biji.
* Jarak tanaman - 100 sm x 100 sm.
* Keperluan benih - 600 gram/ekar.
* Kaedah semaian - Dulang semaian atau tanam terus.
* Baja - Baja organik (50g/pokok) dan semburan foliar (daun) organik.
* Pengairan - Siram dua kali sehari. Elakkan dari banjir serta keadaan pokok dan tanah yang terlalu lembap kerana boleh memusnahkan pokok.
* Kesesuaian tanah - Sesuai di kebanyakan jenis tanah yang mempunyai pH kuran daripada lima. Jenis tanah berpasir, menerima cahaya matahari 100 peratus serta mempunyai saliran yang baik.
* Sungkupan - Menggunakan sungkupan seperti plastik silvershine atau jerami untuk mengekalkan kelembapan pada tanah.
* Kesesuaian iklim - Tropika.
* Mula memetik hasil - 14 minggu selepas ditanam.
* Hasil purata antara 20 dan 30 tan seekar.