sebagai seorang yang berbangsa iban, saya ingin memoerkenalkan adat-adat iban yang tidak pernah dan tidak diketahui oleh ramai orang terutamanya kawan-kawan saya yang datang dari semenanjung malaysia.
Orang Iban mempunyai banyak adat-adat asal yang diikuti dalam
kehidupan harian dan untuk menyelesaikan isu atau konflik dalam
kehidupan mereka. Contoh-contoh adat ini termasuklah:
- Adat membina rumah
- Adat kahwin, cerai dan zina
- Adat beranak
- Adat bertani dan mengguna tanah
- Adat ngayau
- Adat ngayap
- Adat memburu, menangkap ikan, mengumul buah dan mendapatkan madu
- Adat meninggal, berkabung, berpisah bunga dan tebalu janda duda
- Adat begawai dan berupacara
- Adat hidup di rumah panjang
- Adat bertenun dan mainan masa lapang
- Adat menari ngajat dan betaboh
- Adat berburong, bermimpi dan becenaga hati babi
- Adat pergi atau mengembara
Kebanyakan adat-adat ini masih boleh digunapakai sehingga ke hari ini
sama ada di rumah panjang atau di bandar-bandar. Ketua rumah adalah
penjaga utama adat sala orang Iban untuk memastikan kelancaran
pelaksanaan adat dan dendanya demi ketenteraman dan keamanan.
Tanggungjawab ketua rumah adalah menjaga hal-ehwal para pengikut beliau
dan dia mestilah mengetahui setiap jenis adat. Jika sesuatu pertingkaian
atau kes tirujuk kepada tuai rumah, beliau akan cuba membicara dan
menyelesaikannya secepat mungkin bersama dengan ketua bertani, ketua
burung, ketua-ketua keluarga dalam rumah panjang tersebut dan
anggota-anggota masyarakat yang lain.
Mengikut buku yangditulis oleh Bendict Sandin
[2],
perlanggaran adat-adat ini akan dihukum mengikuti sistem tunggu dengan
nilainya yang dipanggil mungkul iaitu satu mungkul sama dengan satu
dollar ($1.00). Jadi, lebih berat atau besar kesalahan seseorang itu,
maka lebih tinggilah jumlah mungkul yang akan diputuskan oleh ketua
rumah atau penghulu.
Untuk kes-kes kesalahan kecil, ketua rumah boleh mendenda pesalah
dengan telur ayam, paku besi, mangkok, pinggan dan mangkuk. Denda
sebegini dipanggil sa-uta iring yam dan biasanya dibayar oleh sahabat
handai dan kaum kerabat mereka yang terlibat.
Untuk kes-kes kesalahan besar, hukuman boleh diisi dengan tajau pada
mahkamah ketua rumah atau padi pada mahkamah penghulu seperti
berikutnya:
Nama tunggu dengan tajau = Nilainya:
- Satu uta = $0.25
- Satu menukol = $0.50
- Satu jabir = $1.00
- Satu panding = $2.00
- Satu alas = $4.00
- Satu alas ngerang = $5.00
- Satu alas barejang = $6.00
- Satu alas betandok = $7.00
- Satu rusa = $8.00
- Satu menaga = $16.00
- Satu ningka = $32.00
Nama tunggu dengan berat padi (kati) = Nilai dollar dahulu = Nilai dollar pada 1980an dan sekarang:
- 5 kati = $3.60 = $5.00
- 10 kati = $7.20 = $10.00
- 20 kati = $14.40 = $20.00
- 30 kati = $21.60 = $30.00
- 1 pikul = $28.80 = $100.00
Di kawasan-kawasan pedalaman, hukuman bagi kes-kes kecil masih
dibayar dengan lima puluh sen ($0.50) untuk satu jabir yang biasanya
bernilai satu dollar ($1.00). Sistem denda ini bersala daripada decree
riegim Brunei sebelum kedatangan Brooke dalam tahun 1840. Orang Iban
panggil sistem denda ini sebagai "jabir Iban" yang berbeza dengan "jabir
perintah" seperti jadual berat padi dan nilai tajau di atas.
Bayaran denda biasanyan dipunyai oleh ketua rumah atau ketua rumah
akan membahagikan denda itu kepada ketua-ketua keluarga yang hadir dalam
mesyuarat (betugong) menyelesaikan kes-kes itu.
Selain membayar tunai, jika sesuatu kesalahan itu adalah sungguh
besar yang boleh menyebabkan alam "kudi" (buruk), kemarahan dewa dan
roh, para pesalah adalah dikehendaki menyemebelih babi dewasa dengan
darahnya digunakan untuk menyucikan tanah dan air darpada dosa yang
telah dilakukan. Di samping itu, para pesalah juga diminta untuk
memberikan sebilah parang dan kapak beliong untuk orang yang menyembelih
babi itu dan tajau kecil (kebok untuk ketua rumah.
Pada masa dahulu kala, jika seseorang telah membunuh orang lain
secara tidak sengaja, dia akan diminta membayar "pati nyawa" dua biji
tajau kepada keluarga si mati. Jika gagal membayar, dia dan keturunannya
akan menjadi hamba kepada keluarga si mati sehinggalah mereka
melangsaikan gantirugi atau dibebaskan oleh tuan punya mereka.
Jika seseorang pelawan membunuh rakan seperjuangannya semasa "ngayau"
(serangan atau perang), pembunuh mestilah membayar pati nyawa dua biji
tajau kepada keluarga si mati. Kalau gagal menunaikan ini, dia mestilah
menyerah diri sebagai hamba kepada keluarga si mati.
Apabila ketua rumah mengetahui satu keslahan besar seperti zina telah
berlaku, dia akan menyembelih seekor ayam dengan segera. Ini menandakan
kepada umum bahawa kesalahan itu adalah dalam proses perbicaraan dan
penyelesaian untuk mengelakan pertumbahan darah di mana ketua rumah
boleh didenda jika dia gagal membendung kejadian itu daripada berlaku.
Mengikut tradisi dahulu, si suami atau isteri boleh membalas dendam
serta merta sebagai ganti rugi dalam kes zina jika pasangan itu didapati
sedang melakukan zina.
Mesyuarat dan Bicara
Jika ada hal yang tidak boleh diselesaikan sesama sendiri secara
peribadi, salah seorang atau kedua-duanya sekali boleh merujuk kes
mereka kepada tuai rumah untuk dibicarakan. Pertma sekali, tuai rumah
akan cuba menolong menyelesaikan kes itu melalui mesyuarat kecil (baum
mit atau berandau) yang bersifat peribadi antara kedua-dua pihak yang
bertelegah untuk mencapai persetujuan (konsensus) dan perdamaian semula
(rekonsiliasi) sebelum memanggil mesyuarat besar (becara) yang besifat
rasmi dan terbuka.
Semua ketua rumah atau masyarakat akan cuba menyelesaikan kes-kes
hal-ehwal para pengikut mereka dengan bepegang teguh kepada prinsip
berikut:
- "Utai besai, asoh mit. Utai mit, asoh nadai" yang bermaksud Hal besar, jadikan kecil. Hal kecil, jadikan tiada.
Kedua-dua pihak yang bertikai adalah dinasihatkan untuk bersetuju
menyelesaikan hal mereka dan berdamai secara peribadi kerana ada pepatah
orang Iban yang terkenal dan selalu disebut-sebut oleh ketua rumah atau
masyarakat seperti berikut:
- Undang-undang adalah seperti ular tedung. Ia adalah tidak merbahaya
jika tidak diganggu tetapi jika dilangkahi, ia boleh mematuk. Maksudnya
ialah seseorang yang beia-ia mahu berbicara menghadapi risiko didapati
bersalah dan dihukum. iaitu "dipatuk oleh undang-undang".
Jika mereka masih bertelagah, tuai rumah akan menentukan suatu tarikh
perbicaraan dengan memanggil semua ketua keluarga dan anggota rumah
panjang ke suatu mesyurat besar. Selepas makan malam, tuai rumah akan
membentang tikai dan memanggil semua orang untuk datang duduk di ruai
ketua rumah. Kedua-dua pihak yang bertelagah akan dipanggil duduk
berdepan dan bersemuka antara satu sama lain. Pihak pendakwa akan
diminta bercakap dahulu dan diikuti oleh pihak tertuduh. Selepas itu,
semua saksi akan dibenarkan bercakap satu demi satu. Seterusnya sesi
pertanyaan, jawapan dan perbincangan berlaku sehingga isu-isu pertikaian
atau pertelagahan telah dikenalpasti dan kedua-dua pihak telah diberi
peluang secukupnya untuk bersuara. Kemudian, ketua rumah akan meninta
para anggota tertua dan setiap ketua keluarga untuk memberikan pandangan
terhadap kes yang dibicarakan. Akhir sekali, ketua rumah memutuskan
pihak mana yang bersalah berdasarkan adat mana yang berhubungkait dengan
kes yang dibicarakan dan menyatakan hukumannya.
Jika pihak yang bersalah masih tidak puas hati, dia boleh merayu
kepada penghulu. Kalau penghulu bersetuju untuk membicarakan sesuatu
kes, beliau akan menetapkan satu tarikh kepada kedua-dua belah pihak
yang terlibat dan termasuk ketua-ketua rumah. Prosedur bicara seperti
diadakan oleh ketua rumah akan diikuti oleh penghulu. Selepas mendengar
ucapan dari kedua belah pihak dan ketua-ketua rumah, penghulu akan
memutuskan pihak mana yang bersalah dan menyatakan hukumannya sekali.
Kalau pihak bersalah mahu merayu lagi, dia boleh membuat rayuan
kepada mahkamah pribumi atau daerah dalam masa seminggu. Jika tidak, kes
tersebut dikira selesai dengan sendirinya sperti yang diputuskan.
Biasanya, kedua-dua pihka akan menyelesaikan hal mereka secara
peribadi tanpa bicara untuk menjaga air muka diri sendiri dan keluarga
dan mengelak jumlah hukuman yang semakin meningkat daripada ketua rumah
ke atas. Ada pepatah masyhur yang : "Jika berjalan menggunakan tungkat
adat, seseorang akan kekal pada jalan yang betul." Jadi, adat mestilah
diamalkan dengan akal fikiran untuk menjaga keharmonian hubungan
masyarakat. Maka "Bila tidur, ingatan menjadi bantal. Bila berjalan,
adat dijadikan tungkat."
Keengganan untuk menghadiri mahkamah ketua rumah atau penghulu akan
dihukum satu jabir dan lima kati masing-masing. Sesipa yang tidak
menghormati mahkamah juga akan dihukum sebelum mahkamah boleh
bersambung.